Blog Hits

December 18, 2015

Island Hoping at Semporna, Sabah

Assalamualaikum :)

Bulan September lepas, aku bercuti ke Semporna, Sabah. MasyaAllah, view pulau pulau Semporna tersangatlah cantik. Dengan bot sewa, kami dibawa ke pulau pulau termasuklah Pulau Sibuan, Bohey Dulang, Mantabuan dan juga Mabul (tempat kami bermalam).

Diantara pulau pulau tu, yang paling cantik coral nya ialah Pulau Sibuan.


Apa yang dapat dilihat dalam air dengan dalam gambar berbeza. Bila tengok dengan mata sendiri, masyaAllah, cantiknya ciptaan Allah.

Clown fish and sea anemone

Striking blue starfish

Many types/forms of coral

Coral reefs

A type of acropora branching. It's purple!

Air jernih hijau kebiruan, dengan ikan ikan laut yang pelbagai warna, sea urchin dan batu batu karang yang hidup dan berwarna warni. 


Dulu masa belajar kat UMT, hanya berpeluang snorkeling dekat Pulau Bidong je. Itupun dah banyak coral bleaching (coral yang dah mati). Kat Pulau Sibuan semuanya colourful. Subhanallah.


Beruntunglah pandai skin dive. Saya belum lepas lagi and not confident enough. Haha. Si panic piqa pakai life jacket bersnorkeling. Bila dah pandai berenang terapung, nak tenggelam pulak fail. Haih.


Yang paling aku suka pergi Sabah, laut dia masyaAllah cantiknya. Air biru kehijauan tu sangat soothing walaupun snorkeling pukul 11 pagi masa tu. Kat pulau pulau Semporna ni kurang aktiviti manusia. Sebab tu air dia masih terjaga kebersihannya.

Yang ada tinggal kat pulau pulau tu adalah masyarakat Bajau Laut. Tempat yang jauh dari teknologi canggih macam ibu kota. But still, their children can learn how to appreciate nature given by our God.

Seterusnya, Pulau Mantabuan. Kat pulau ni airnya cetek masa tu. Tak boleh nak snorkeling. Jadi, kami jenjalan pusing pulau je.

Chocolate Chip Starfish

This is a starfish yang commonly found dekat pulau pulau di Sabah. Tapi aku first time jumpa seumur hidup. Sedap nama sesedap rupanya. Ada tak bakers yang pandai buat cookies macam ni? Kalau ada pm saya segera ya. Macam comel pula nak dijadikan idea doorgift. Ihik.



Beg kelabu tu beli kat Lazada. Bagi travellers, memang jenama Hyper Gear bukan jenama asing lagi. Beg ni waterproof, boleh jadi pelampung in case terjatuh dalam laut. Sesuai sangatlah untuk si panic piqa

Kat depan saya tu, bertaburan chocolate chip starfish. Macam bintang bintang yang jatuh dari landasan langit.




Inilah geng Semporna Trip saya. Mereka ni semua kelakar. Teringat perangai sorang sorang. Kalau time makan, tak gelak besar tak sah. Hope to see them again in another trip, perhaps.


Aku ikutkan saje kegigihan diorang nak panjat kayu kayu ni bagi mendapatkan view yang cantik katanya.


Ramai jugak yang bercuti selain daripada kami ke pulau pulau ni. Mujurlah kami keluar awal pagi lagi. Dinasihatkan pakai la topi dan sunscreen ya. Hihi. Panas baq ang,


Till then,
Wassalam
Sincerely,
Jenn.



2 comments:

Roziah Muhammad Nor said...

teringin nak ke sabah.

Husein Rider said...

ohsem.. view pun cantik. nak pergi sana jugak nanti.

Followers