Blog Hits

December 30, 2015

Jalan Jalan Keliling Pulau Mabul

Assalamualaikum :)

My last entry regarding my Semporna Trips would be this one! It takes me a longer time to begin writing about this trip. Maybe because of my work schedule was too busy back in October and November. So, in this last month of the year, I would like to finish my story about Semporna Trip last September.


Kat Mabul, kami stay di Billabong Scuba for 3 nights. Kalau pusing satu Mabul ni memang kita boleh dapati ada baanyak chalet untuk backpackers dan juga resorts untuk tourist. 

Antara aktiviti masa kat pulau ni ialah snorkeling (Mabul dan Kapalai), scuba diving (Sipadan) dan jalan jalan pusing pulau. Disebabkan masa kami pergi ni hujan, laut agak bergelora. Masa snorkeling kat Mabul, saya mabuk laut.

Imagine bila dalam air pun mabuk bila dilambung, nak snorkeling pun mabuk, kalau duduk dalam bot lagilah mabuk. Sebab laut dia sangat berombak huhu. Gambar tu pun aku ambik masa tengah mabuk mabuk. So, I have missed the beauty of Kapalai Island. Sobs.

Yang lain pergi diving kat Sipadan Island. Katanya, Sipadan sangat cantik. Aku yang takde lesen ni diam je lah mendengar cerita.


Petang hari, kami berjalan jalan dalam Mabul. Kat belah sana pulau, ada resort orang orang kaya and tourist daripada luar negara. Memang cantik scenery dia.

The entrance of Mabul Water Bungalow Resort

Resort ni terletak jauh ke tengah pantai yang landai. Sepanjang titi kayu ni ada banyak sangat sea creatures yang unik boleh kau tengok, Pantai ni berpasir yang takde coral. Boleh nampak belut laut, ikan ikan kecik, parrot fish, starfish and etc.

Lily and Siva


Kami ber 9

Background tu semua nya milik Mabul Water Bungalow Resort. Mengah jugak nak jalan sampai hujung sana. Besar and sangat luas tempat ni.

Warna laut kat Sabah memang cantik and sedap mata memandang. Tak payah pergi jauh, dalam Malaysia ni banyak lagi tempat cantik yang tersembunyi.


Makin jauh korang jalan masuk, makin dalamlah air dia. Kat tempat air dalam tu, kami bernasib baik dapat tengok penyu lalu lintas. Besar satu pemeluk! Total yang kami jumpa petang tu dalam 10 ekor jugak. Nampak macam batu laut, tapi rupanya bergerak.

That was the first time I saw wild turtles. Excited lah jugak cuma tak sempat nak tangkap gambar. Kalau setakat penyu kat Aquaria KLCC tu kirim salam je lah. Tak suka tengok haiwan terkurung.


Apakah itu? Itulah lampu yang dibuat daripada recycled oxygen tank. Kreatif! Manakala, lampu bulat itu kelihatan seperti bulan besar pulak dalam gambar ni. Tempat ni yang hujung resort, ada lagi pembinaan diorg nak sambung buat kat sini.


Ada signboard yang tertulis "BEWARE OF SEA SNAKE"

The necklaces

Balik dari jalan jalan kat resort, aku singgah beli rantai cantik ni. Loket diperbuat daripada shells yang diukir cantik. Ada banyak jenis sea creatures. Penyu ada, sharks, bentuk coral, bentuk siput tu biasa.

Yang paling aku suka, bentuk starfish and seahorse ni je :)

Orang orang kampung dalam Mabul ni jugak yang buat souvenir ni. Disebabkan aku tak mampu nak sambung pergi snorkeling, aku ambik peluang untuk menikmati scenery laut je kat Mabul ni. Lepak kat dewan makan, makan dan makan sambil tengok laut.

Gambar Google: Above view of Billabong Scuba
Dewan makan Billabong Scuba yang bumbung bulat kat hujung tu. For your informations, makanan disediakan dan bil nya dah termasuk dalam bayaran.

Gambar Google: Dewan makan Billabong Scuba

Seronok dapat tengok dunia. Tahun lepas (2014), memang aku ada letak dalam "2015 Wish List" nak pergi traveling and tengok dunia. Alhamdulillah :) Tercapai hasrat itu. Kiranya tercapailah hasrat tu sebab dalam tahun 2015 je dah pergi Sabah dua kali. Yay!

InsyaAllah, tahun depan nak pergi mana pulak?

Till then,
Wassalam.
Sincerely,
Jenn

3 comments:

Sally Samsaiman said...

cantiknyaaa mabul! teringin nak g tapi xde geng laaa

Syafiqa said...

Honeymoon la nanti kat sana, Cik Sally :)

Eintan Nurfuzie said...

cantik.. ni bolehn k masuk list ni

Followers