31 March 2018

Jerawat Dagu Part 2

Assalamualaikum wbt :)

Hai semua! Sibuk mengatur hidup sampai tak sempat bukak blog. Harini baru ada masa. Alhamdulillah. This post is to share with you bahawasanya masalah jerawat dagu kita haritu dah makin pulih. Syukur sangat :*

Untuk merawat masalah jerawat dagu kite haritu, I bought these 3 lovelies:

ihsan google



ihsan google


3 benda ni memang best. Alhamdulillah jerawat mudah je kecut! Sekarang tinggal parut2 je. Hopefully Serum Flawless Advance Cantiqa tu boleh hilangkan parut parut ni cepat :)

Before ni mencari jugak serum. Tapi tak tau nak beli yg mana plus mahal jugak kan harga serum ni. Tengok serum Cantiqa ni macam best je. Terus try and wallah hasilnya... memang rasa la kulit makin elok :*

Siapa kat sini pengguna Cosmoderm dan Cantiqa? Mind to share your experience, lovelies? :)

24 February 2018

Jerawat Dagu

This jerawat dagu. Why lah semakin kita cuba rawat, semakin banyak pulak bilangannya 😥 Huuu. Dah google. Antara sebab nya hormon tak seimbang dengan stress. Mungkin betul. Sejak akhir akhir ni selalu menangis sebab stress. Looks like I need to stop worried too much and be happier. Doing things I like dan jangan sedih sedih lagi.

Siapa tahu tips nak jerawat mudah kecut kat dagu ni? Saya taknak tips makan supplemen.


Komen sikit ☹️


20 February 2018

Starting my Monday with blessed

Assalamualaikum wbt :)

Setelah seminggu tak masuk office, saya kembali bekerja. Alhamdulillah feels so much better. Dah kembali bersemangat balik nak mulakan kerja demi mencari rezeki untuk kecukupan seharian dan juga simpanan masa depan.

Pagi pergi Monday meeting kat office. Pagi pagi lagi leader dah talking about LOVE. Apa sahaja yang kita lakukan adalah sebab apa? Sebab LOVE kan? Kita bekerja cari rezeki sebab nak cukupkan keperluan keluarga tersayang kan? Kita kerja kuat untuk bagi yang terbaik untuk yang tersayang kan? Masak breakfast pagi pagi untuk yang tersayang kan?

Kita mendirikan solat, baca al Quran sebab kita sayang Allah kan? Sayang Nabi dan Rasul. Sebab kita nak masuk syurga kan? Sebab nak kasih sayang Allah kan?

Inilah intipati Monday meeting kami. Sebab tu kita suka sangat pergi Monday meeting, lepastu training. Dalam meeting bukan sahaja kita nak dapat motivation tapi juga positive energy daripada semua orang. Saya bersyukur pada Allah kerana dah bawa saya ke dalam karier sebagai perunding takaful. Because in this industry, I can give back to others.

Semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita dapat. Betul tak?



So semalam jumpa kakak sebab kakak minta buatkan quotation takaful untuk dirinya juga 5 orang anaknya. These are 3 out of 5 anak anak kakak saya. Takaful untuk kita sangat penting. Takaful untuk anak kita pun amatlah penting. If you have many children, memang you sangat memerlukan perancangan kewangan yang tip top. You may never know what will happen, that's why you should plan wisely.

Salah satu perancangan kewangan yang you boleh buat ialah menyediakan tabung takaful untuk anak anak. Sediakan seawal mungkin kerana anak anak ni fragile, mudah sakit. Takaful boleh dikira quatationnya mengikut keperluan dan kemampuan. At least you ada back up plan if something bad happen.

"When there is love, nothing is too much trouble"

Kami sebagai perunding takaful, hanya boleh share the awareness. Yang membuka pintu hati anda untuk sediakan tabung takaful hanya Allah swt. Semoga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya, amiin.

Till then,

Syafiqa Hatta
Perunding Takaful Prudential
014-8429745

Wassalam

17 February 2018

Wedding Ain Farhana dan Ismail

Assalamualaikum :)

Dah lama tak bersosial dengan rakan sebaya. Bila ada jemputan kawen, memang sebolehnya nak pergi especially wedding kawan kawan. Ada jenis orang yang tak suka pergi wedding, ada jenis memang suka. Macam saya, suka pergi wedding kawan. Hihi. Sebab seronok tengok masing masing bahagia at their big day.

So this is my first wedding invitation for 2018. Wedding of Ain Farhana dan Ismail.


Me is too excited sampai tak perasan baju terjungkit sikit. Takpelah asalkan tak menampakkan bahagian tak sepatutnya. Alhamdulillah dapat jumpa these lovely people. Kami dulu sama Universiti. This is part of Marine Biology student 11th batch. Feel good to see them. Mood pun semakin better harini.



Selalu nampak orang main benda alah ni, harini kita pulak :) Cantik jugak gambar ni. Tahun ni ramai batch kami yang akan berkahwin. Alhamdulillah. It's a good year right, 2018.


I need more time like this. Somehow, my mood is getting better. My leader kata, kena happy barulah case masuk. Haha tadi follow up jugak kawan kawan ni bila nak buat takaful, jawapannya nanti dulu. It's okay dear, saya memang tak pandai paksa orang. I know your situation, even myself, baru nak stabilkan kewangan kan. Masing masing ada tanggungjawab yang mungkin tak semua orang kita ceritakan.

Apepun kawan kawan, good luck! Jangan sampai kita putus kawan disebabkan pekerjaan saya :( Saya hanya nak bantu. Saya doakan semuanya dalam lindungan Allah. I can't afford to lost friends anymore. I just can approach you guys to share the takaful awareness. The rest, you decide :)

Always be grateful, whatever happen.

A SFRNFZL Giveaway




Saya suka berblogging kerana memang suka menulis. Dibandingkan dengan social media yang lain, lebih suka berblogging sebab blog ni tempat kita express our feeling. Kita boleh customize kita punya blog ikut suka kita. Nak cantik macam citarasa kita. Sometimes tak berapa berkenan dengan social media lain sebab too much negativity. When life goes down, I turn myself into blogging mode. Sebab kat sini less drama :) Boleh jumpa blogger lain daripada pelbagai latarbelakang. And one more thing, kita boleh jadi diri sendiri kot. Because here I tend to be more honest to myself. Kalau social media yang lain, saya tetap akan fikir dulu, apa orang akan kata when I post this I post that. Macam tu lah :)

Ok, done! Siapa yang nak join giveaway ni boleh klik banner ya :)
Hadiah menarik menanti.

Assalamualaikum.

16 February 2018

Tak kerja, takdelah income

Assalamualaikum :)

Currently working hard to earn money today. InsyaAllah bila usaha, mesti akan dapat. Kalau buat online bisnes, biasanya orang akan buat Instagram atau Facebook. Kalau saya, lebih sukakan Instagram. Dulu masa kerja butik, saya banyak belajar instashop tips daripada ex boss saya. Antaranya follow je ramai ramai orang kat Instagram tu untuk tarik customer. Dalam sehari follow je banyak banyak. Kadang kadang sampai Instagram block tak boleh follow orang dah haha. After one day, dia elok balik. Boleh follow balik hihi.

Limit boleh follow orang hanya 7,500 je. Nanti unfollow balik then follow la semula. Biasanya follow followers butik butik online terkenal Malaysia.




Macam tu lah saya buat hari hari. InsyaAllah kalau usaha mesti akan dapat :)

Jemput ke Instashop saya, by Darin Sophia.



Giveaway: Life Is Beaoutiful 9th Year Anniversary




Komen tentang blog MummyAyu:

Bila baca nama blog pun kita dah boleh agak MummyAyu ni positif orangnya. Optimistic. Blog pun kemas je dengan header warna pink sedap mata memandang. Dah 9 tahun berblogging. Tahniah semoga berkekalan berblogging and keep spreading good vibes.

Yang nak join giveaway, boleh klik banner ya.

:)



Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana




Jom join Giveaway :)
Hadiah menarik!
Klik banner to join

13 February 2018

Keep Moving!

No matter what difficulties you are facing right now, make sure you keep moving forward! Because you still need to strive for a better life, better you. Siapa lagi yang nak jaga diri sendiri kalau bukan diri sendiri kan? InsyaAllah. Semoga semua orang yang membaca post ni dimurahkan rezeki setiap hari ❤

Aamiinn.


12 February 2018

Emergency Exit Plan

Assalamualaikum :)

Basically, when I meet my prospect (takaful appointment), I will ask them "What is your dream?" atau "Apa yang anda nak dalam hidup?".

Some of them love to travel, some of them want to retire young, some of them want to buy their dream car, ada yang nak beli rumah, dan macam macam lagi lah. Everyone have their own dream. But, how big the effort you put towards achieving your dreams?

Of course, jawapannya earn more money and simpan dalam bank. Kerja kuat kuat dapat income lebih, simpan. Buat part time dropship, online business, part time baking, jual itu jual ini demi menambah pendapatan seharian. Dah dapat, simpan.

Ada yang menceburkan diri dalam bidang pelaburan, which is very good. ASB, unit trust, beli rumah untuk disewakan, gold investment dan macam macam lagi.

Tetapi, how did you sure that all of your saving are safe?



When I meet prospect, I will ask them "What is your plan if emergency happen? Did you have emergency exit plan such as Tabung Kecemasan, atau ada satu akaun bank khas untuk simpan duit memang khas dikeluarkan hanya untuk kecemasan? In reality, how you make sure that dana dalam tabung kecemasan itu tidak akan disentuh walau sesen pun?"

If you don't have any emergency exit plan, do you think what will happen to your saving?

My job is to make sure my prospect aware of this thingy :)
InsyaAllah, I want to help more people to achieve their dreams.

Lets create your Tabung Emergency Exit Plan today!

Syafiqa Hatta
Prudential Takaful Advisor
014-8429745